Soalan Lazim

Umrah & Haji

1. Adakah semburan kaki Cinta Herbs & Co. ini mengandungi alkohol atau wangian?

Produk semburan kaki Refresh No 1 dan Revive No 2 mengandungi campuran ramuan herba, bunga, daun-daun serta pati minyak lavender dan oren. Wangian yang terdapat di dalam semburan kaki Refresh No 1 dan juga Revive No 2 adalah disebabkan oleh kandungan pati minyak. Pati minyak ini digunakan bukanlah sebagai bahan pewangi tetapi untuk mendapatkan manfaat yang sepenuhnya apabila digabungkan dengan bahan-bahan lain. Oleh yang demikian, Jemaah-jemaah DILARANG MENGGUNAKANNYA KETIKA BERADA DI DALAM IHRAM. Matlamat utama kami di Cinta Herbs & Co adalah untuk membantu menyediakan Jemaah-jemaah secara mental dan fizikal sebelum memulakan ibadah mereka dengan penggunaan produk semburan kaki ini. Jemaah digalakkan untuk menggunakan semburan kaki Refresh No 1 sebelum memulakan perjalanan ke lapangan terbang di tanahair lagi kerana perlu menempuh perjalanan yang lama untuk sampai ke tanah suci sebelum memasang niat ihram. Revive No 2 pula adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan sebaik habis tempoh ihram bagi menyediakan Jemaah untuk ibadah yang seterusnya.

2. Bolehkan semburan kaki ini digunakan ketika berada di dalam ihram?

Sila lihat soalan dan jawapan no 1 di atas. Produk semburan kaki ini TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KETIKA BERADA DI DALAM IHRAM atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

3. Adakah produk semburan kaki Refresh No 1 dan Revive No 2 ini selamat digunakan?

Produk semburan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kedua-dua produk ini adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah no NOT191100947k (Refresh No 1) dan NOT191100960K (Revive No 2) dan disahkan selamat untuk digunakan.

4. Di manakah saya boleh membeli produk semburan kaki ini?

Produk semburan kaki ini boleh diperolehi secara talian di laman web kami cintaherbsandco.com atau di Shopee https://shopee.com.my/cintaherbsandco.

5. Berapa kerap perlu saya gunakan produk semburan ini?
Produk semburan kaki ini adalah selamat untuk digunakan sekerap mana yang diingini apabila perlu. Kebiasaannya Refresh No 1 digunakan pada waktu siang dan Revive No 2 pada waktu malam kerana Revive No 2 ini adalah bertujuan untuk melegakan dan merehatkan kekejangan dan keletihan dan mungkin boleh membuatkan seseorang mudah tidur. Revive No 2 ini juga bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan bagi menyediakan Jemaah untuk ibadah seterusnya.
6. Siapa yang boleh menggunakan produk semburan kaki Refresh No 1 dan Revive No 2 ini?
Sebenarnya produk semburan kaki Cinta Herbs & Co diadun khas bagi kegunaan seisi keluarga, daripada warga emas sehinggalah ke kanak-kanak, ianya juga popular di kalangan mereka yang selalu “travel” samada menaiki pesawat ataupun kereta atau apa jua keadaan mana ruangnya adalah terhad dan pergerakan menjadi terbatas, mereka yang berada di dalam spektrum autisme (bagi memberikan ketenangan, kelegaan minda dan badan) dan juga para Jemaah haji dan umrah sebagaimana yang diterangkan di atas.
7. Bagaimanakah produk-produk ini dapat membantu para Jemaah ketika menunaikan ibadah haji dan umrah?
Sila rujuk jawapan kepada soalan 1 di atas.
8. Kenapa produk ini dinamakan produk semburan kaki sedangkan ianya boleh digunakan untuk anggota badan yang lain?
Untuk setiap penggunaannya, semburan di tapak kaki dan di bahagian kaki yang lain adalah perlu. Bahagian kaki adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan (“health maintenance”). Orang-orang dari China zaman dahulu selalu menganggapkan badan manusia ini umpama pokok yang mana kaki adalah seperti akar pokok. Apabila pokok mati yang kering /rosak dahulu adalah akarnya. Itulah perumpamaannya.
Open chat
1
Hi! Welcome to Cintaherbs! How can we help you?
Powered by