Sepertimana yang kita ketahui, ibadah umrah dan haji ini adalah satu ibadah yang banyak menggunakan kekuatan fizikal. Rukun seperti wukuf, tawaf dan sa’i memerlukan jemaah untuk banyak berjalan kaki. Ditambah pula dengan kesejukkan batu marmar dan juga bahan pencuci yang digunakan di masjidil haram menambahkan lagi ketegangan kepada kaki jemaah.

Selain daripada ibadah haji dan umrah, perjalanan untuk ke tanah suci itu sendiri adalah sangat memenatkan. Ada di antara jemaah yang mengambil masa lebih daripada 20 jam untuk sampai ke tanah suci dari waktu mereka meninggalkan rumah disebabkan oleh transit dan juga waktu menunggu di lapangan terbang.

Selain daripada itu, statistik menunjukkan peningkatan akan jumlah Jemaah samada mereka yang menunaikan ibadah haji mahupun umrah setiap tahun. Lebih-lebih lagi pada ketika ini, pihak berkuasa Arab Saudi menyasarkan peningkatan Jemaah umrah menjelang tahun 2030 kepada jumlah 30 juta orang. Dengan ini, cabaran untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji juga akan meningkat seiring dengan peningkatan jumlah para Jemaah. Sebagai contoh, jarak satu pusingan tawaf adalah bergantung kepada betapa sesaknya keadaan di situ. Semakin ramai Jemaah maka semakin sesaklah ruang di keliling Kaabah dan lebih besarlah jarak bagi menghabiskan satu pusing tawaf. Jarak satu pusingan Kaabah pada kebiasaanya adalah 1.5km boleh meningkat menjadi 3.5km bagi setiap satu pusingan tawaf.

Penggunaan penyembur kaki REFRESH No 1 & REVIVE No 2 adalah bertujuan untuk memudahkan perjalanan serta ibadah para Jemaah.

Bagaimana produk kami dapat membantu anda ketika menunaikan Haji dan Umrah?

REFRESH Foot Spray #1

Semburan kaki Refresh No 1 adalah untuk membantu melegakan otot, menyegarkan badan, melegakan fikiran, membantu melegakan tumit yang pecah-pecah, membantu melegakan sakit-sakit sendi .

Cara Penggunaan – Semburkan di lutut, kaki, tapak kaki, bahagian belakang (bawah pinggang). Bagi jemaah haji dan umrah, penggunaan adalah ketika jemaah berada di LUAR ihram, seelok-eloknya sebelum memulakan aktiviti-aktiviti ibadah haji mahupun umrah bermula sebelum menaiki pesawat bagi menyediakan diri untuk aktiviti-aktiviti tersebut.

Waktu Penggunaan – SEBELUM memulakan perjalanan yang mana pengguna akan duduk untuk jangka waktu yang panjang (contoh : kapal terbang, kereta ketika kesesakan lalu lintas) atau SEBELUM memulakan aktiviti lasak (contoh: triathlon, marathon, ultra hiking, trampoline) atau SEBELUM melakukan aktiviti yang memerlukan pengguna banyak berjalan atau berlari seperti aktiviti-aktiviti haji atau pun umrah (contoh : saei, tawaf, aktiviti ziarah).

REVIVE Foot Spray #2

Semburan Kaki Revive No 2 adalah untuk membantu mempercepatkan tempoh pulih selepas sesuatu aktiviti lasak, membantu melegakan kekejangan, melegakan lenguh-lenguh dan kaki yang keletihan,

Cara Penggunaan – Semburkan di lutut, kaki, tapak kaki, bahagian belakang (bawah pinggang).

Waktu Penggunaan – SELEPAS perjalanan yang mana pengguna akan duduk untuk jangka waktu yang panjang (contoh : kapal terbang, kereta ketika kesesakan lalu lintas) atau SELEPAS melakukan aktiviti lasak (contoh: triathlon, marathon, ultra hiking, trampoline) atau aktiviti yang memerlukan pengguna banyak berjalan atau berlari seperti aktiviti-aktiviti haji ataupun umrah (contoh saie, tawaf, aktiviti ziarah)

Nota – Kedua-dua semburan kaki Refresh No 1 dan Revive No 2 ini mengandungi pati minyak yang mengeluarkan wangian. Bahan ini digunakan bukanlan atas tujuan wangian tetapi untuk mendapat manfaat sepenuhnya pati minyak tersebut terutama sekali apabila di gabungkan dengan bahan herba yang lain. Oleh itu, jemaah adalah DILARANG MENGGUNAKAN SEMBURAN KAKI REFRESH DAN REVIVE KETIKA DI DALAM IHRAM. Bagaimanapun penggunaan sebelum ihram akan membantu para Jemaah untuk mendapatkan kekuatan fizikal untuk melakukan ibadah ini dan penggunaan selepas keluar ihram akan membantu untuk melegakan dan memulihkan jemaah dengan lebih cepat bagi menyediakan Jemaah bagi ibadah-ibadah seterusnya. Klik sini untuk soalan lazim mengenai produk kami.

Share This
Open chat
1
Hi! Welcome to Cintaherbs! How can we help you?
Powered by